chef in the making · long post is long · the undomestic goddess

1 Ramadan 1437H

today is the 1st day of ramadan here in Malaysia.

this kind of day brings back my memory when i was in the UK a few years ago. when you celebrate  some special events like ramadan, eid, or even your own birthday far from family, it feels different. as for me, it could be unforgettable, as from there i’ve learned how to cook without my mom, how to wake up for sahur and prepare for iftar without any nearest mamaks or bazar ramadan to buy the food for. besides that it also could be the most meaningful day as i experienced having sahur/iftar/taraweeh with people from around the world and learned their ‘culture’ and it made me, Alhamdulillah, more thankful.

since i am SAHM this ramadan, i try to cook at least one meal a day. did i mention ‘i try’? yes. and that’s because, i am not in my own house as i’m staying with my parents since the day my daughter been diagnosed, so it kind of ‘weird’ for my parents especially my father to see me ‘doing something’ in their kitchen apart from helping my mother. he never trust my cooking skills anyway. he and his “who will eat that?” (siapa nak makan kau masak ni, kaklang?), as if my cooking is horrible, although he never tested what i cooked before.

here i’ve listed some recipes that i may cook in this ramadan (i’ve got them from other blogs which i’ve credited below and there are in Malay as I’ve just copied from the blog and pasted it here) ;

1) Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan: 
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa

Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu…..
________________________________________
2) Udang Masak Serai Wangi 
Bahan-bahan: 
600 gm udang harimau – digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak: 
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.
________________________________________
3) Ikan Siakap Kukus 
Bahan-bahan: 
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia – dimayang
3 ulas bawang putih – dimayang
3 ulas bawang besar – dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
________________________________________
4) Ikan Masak Berlada 
Bahan-bahan: 
3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah – dikisar
2 batang serai – dititik
1 ulas bawang besar – dimayang kasar
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.
________________________________________
5) Ikan Kerapu Masak Asam Manis 
Bahan-bahan A: 
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B: 
5 ulas bawang merah – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
3cm halia
1 batang serai – dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
________________________________________
6) Ayam Masak Cendawan Ala Cina 
Bahan-bahan: 
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam – direndam 1/2 jam
1 inci halia – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris
6 ulas bawang putih – dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram

Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
________________________________________
7) Pajeri Nenas 
Bahan-bahan: 
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

Cara memasak:
1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
________________________________________
8) Mee Hailam 
Bahan-bahan: 
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
5. Masukkan sayur2 an dan mee.
________________________________________
9) Ketam Bertelur 
Bahan-bahan: 
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar

Cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.
________________________________________
10) Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 
Bahan -bahan:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram

Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat – secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.
________________________________________
11) Nehari (Kari Kambing Kashmir) 
Bahan-bahan: 
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak Vesawit untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama
________________________________________
12) Ikan Tiga Rasa 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia
2 biji tomato (agak masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar

Cara memasak:
1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4. Tuang atas ikan
________________________________________
13) Ikan Pari Lemas!!!! 
Bahan A: 
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
– di basuh bersih
– sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
– letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)
Bahan B: 
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
Bahan C:
10 biji limau kasturi

Cara memasak: 
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit
________________________________________
14) Tandoori Kurau 
Bahan-bahan: 
3 keping ikan kurau
1 biji liamu purut
1 sudu besar halia (dicincang halus)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
5 sudu besar yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan halus
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi

Cara memasak:
1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
4. Hidangkan bersama roti atau nasi.
________________________________________
15) Tom Yam 
Bahan-bahan: 
Ayam – 1/4 ekor (dipotong kecil)
Daging – 250 gm (dipotong kecil)
Udang – terpulang pada tukang masak
Bahan A –
Blenderkan Halia
3 inci Bawang merah
6 ulas Cili api
20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah)
Bahan-bahan lain
Minyak masak – 1/5 cawan
Serai – 6 btg serai (diketuk) – lebih pun boleh
Lobak merah – 2 btg (dipotong)
Bunga kubis – 150 gram
Putik jagung – 2 bungkus
Tomato – 3 biji (potong 4)
Bawang besar – 3 biji (potong 4)
Daun limau purut – 3 atau 4 helai
Limau nipis – ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri – 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api – diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan – dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam
Bahan perasa – jika berminat

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu… 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya – mungkin anda telah berpuas hati).
8. Masukkan jua… tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak…. dan tutupkan api.
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau…. Seimbangkan rasa masin dan masam…..
________________________________________
16) Nasi Ayam Hakka 
Bahan-bahan: 
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih

Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
________________________________________
17) Mee Rebus 
Bahan-bahan: 
1 paket mee kuning – celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh – celur
Sedikit daun sup – hiris nipis
Sedikit daun bawang – hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau – dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi – di belah dua
Telur rebus – belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah – kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih – kisar
RM 3 udang kering – kisar – lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup – direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah – direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air – agak-agaklah

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan…..
________________________________________
18) Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
Bahan-bahan: 
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam

Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
________________________________________
19) Ayam Golek Seri Pahang 
Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman
________________________________________
20) Kari Kepala Ikan 
Bahan-bahan: 
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
________________________________________
21) Black Pepper Steak 
Bahan-bahan: 
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 – 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.
Tips: 
Stik ini enak dimakan bersama “garlic toast” dan french fries.
________________________________________
22) Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
Bahan-bahan: 
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam

Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
________________________________________
23) Asam Pedas Tumis (Melaka) 
Bahan-bahan: 
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika suka.

Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg merah …tumbuk separuh lumat…masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah…masukkan garam dan perasa.

Tips : 
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain…rasalah bezanya anda akan tahu….Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap…
________________________________________
24) Soto Ayam 
Bahan A 
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)

Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.

Bahan B 
10 bijik bawang merah

Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.

Bahan c 
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula

Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .
________________________________________
25) NASI PAPRIK 
Bahan-bahan: 
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
________________________________________
26) Nasi Dagang 
Bahan-bahan: 
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang 

Bahan A 
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B 
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil “manisan”)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak: 
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam periuk
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
Masukkan santan pekat dan asam gelugor
Bila mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang 
Bahan-bahan: 
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

Cara memasak: 
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
________________________________________
27) Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 
Bahan-bahan: 
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ – 1 cawan gula pasir
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE: 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
________________________________________
28) Gulai nenas ikan kering orang utara 
Bahan-bahan: 
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis

Cara memasak :
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.
________________________________________
29) Ayam Bercili masak ketumbar 
Bahan-bahan: 
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping

Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan
________________________________________
30) Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style 
Bahan-bahan: 
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili api/padi (ikut suka – kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja – hilangkan bau hanyir)

Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..
Nota: 
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

 

1. Kuih cara tuna cheese

 

Adunan tepung
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 cawan air (ini adjust ikut kesesuaian, jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair, try and error)
1 biji telur
Pewarna hijau atau kuning
*Blend semua bahan ni dalam blender sampai halus.

Cara-cara

Satu tin tuna gaul dengan sedikit lada sulah, lada hitam kasar sedikit garam
cheese parut (or slice potong-potong)

Sudukan adunan tepung dalam acuan kuih cara, letakkan tuna, dan letak cheese, bakar atas dapur, dan pastikan ada penutup kecil tutup acuan kuih cara agar wap panas boleh cepat masakkan tepung dan bahagian atas.

2. Donut

 

Buatlah dalam 3-4 kali ganda adunan ni untuk stok sebulan puasa. Yang bulat-bulat tak berlubang tu boleh goreng nanti. Belah jangan sampai putus. Letak sambal, letak telur dadar nipis, ikan bilis ke, sardin ni, timun then jadi mini burger or donut sambal.

Nak bekukan goreng agak kekuningan macam saya buat ni, dan simpan ikutportion sikit-sikit macam ni.

Ini resipi donut yang saya selalu guna untuk buat stok frozen, dan boleh tahan sampai 6 bulan, elok lembut.

Bahan-bahan:
20 g yis basah (fresh yeast) – kalau guna yis kering segera sebanyak 6 gram saja tapi best yis basah
125 ml susu segar suam
25 g mentega } dicairkan
2 kuning telur
250 gram tepung gandum
1-2 sudu besar gula castor
Minyak untuk menggoreng
Gula castor secukupnya utk taburan

Cara-cara
Campurkan yis dengan sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.

Ayakkan tepung ke dalam mangkuk adunan yang lain, curahkan campuran yis tadi di tengah-tengah tepung kemudian gaul sebati.

Uli adunan sehingga menjadi doh yang licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh ke dalam mangkuk besar, tutup dengan cling film selama 1 jam.

Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm. Ambil penerap bulat, terap hingga habis.

Biarkan donut tadi atas dulang yang telah disapu dengan sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 minit.  Goreng sehingga keperangan dengan api perlahan.

3. Daging kisar berempah

 

Okey, ini yang paling saya suka buat, sebab banyak sangat kegunaannya.

Kalau nak buat banyak-banyak buatkan 3-4 bungkus daging kisar, dan gandakan bahan-bahan.

Bahan-bahan daging kisar berempah.

1 bungkus daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging (kalau suka lebih rasa kari, lebihkan sedikit)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam kasar
garam gula secukup rasa

Cara-cara
1. Rempah, bawang putih, bawang merah di blend.
2. Tumiskan bahan-bahan di no.1 sampai naik minyak.
3. Masukkan daging kisar, lada hitam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. masak sampai sedikit kering. Sejukkan ikut portion kecik-kecil, senang sekali guna keluarkan satu protion.

Okey kegunaannya sangat banyak.

i. Boleh buat cara berlauk (resepi adunan kuih cara cheese, cuma tuna gantikan dengan inti daging kisar ni)

ii. Boleh buat puding roti daging.
Rendam beberapa keping roti dalam susu segar yang di pukul dengan telur, lada sulah, lada hitam, sedikit garam.
Rendam sehingga roti lembut dan tenggelam.
Lapikan roti yang direndam tadi satu layer kemudian letak inti daging satu layer, ulang roti satu layer, dan daging satu layer, tuttup satu layer lagi dengan roti,then taburkan cheese.

*Atau kalau malas nak layer-layer bagai, gaul ke semua roti rendaman tu dengan inti daging ni, bakar dalam oven sehingga masak.

iii. Roti john
Bancuh adunan daging kisar ni dengan 3-4 biji telur, tuang adunan atas bun utk sosej tu dibelah (jangan sampai putus). Terbalikkan, masak sampai elok gareng,then letak timun parut, mayonis dan sos.

iv. Makaroni bakar (ini kesukaan anak-anak saya)
Rebus 1 cawan makaroni (toskan airnya)
Pukul telur, campurkan daging kisar, gaulkan dengan makroni direbus tadi. Biar lembab dan berair sikit.
Taburkan chees, dan bakar.
*Refer gambar kiri bawah-letak dalam bekas aluminium foil macam tu. Kalau buat bulan puasa memendekkan waktu membakar dan tidak membazir.  Orang makan sikit-sikit je bulan puasa, tak habis simpan peti ais, esok panaskan balik.

v. Baked potato
Beberapa biji kentang russet dibelah dua. Kukus sekejap dalam 5 minit atau sehingga separuh lembut, jangan terlalu lembut
Korek isi kentang, tinggal berlubang (jangan korek terlalu nipis.
Kentang yang dikorek tu, lecek dan gaulkan dengan inti daging kisar ni, thentabur cheese, bakar la dalam 15-20 minit.

Banyak lagi boleh buat. Tambah kentang dadu, gaul, jadikan inti karipap segera. Guna roti gardenia, letka inti tekap dengan acuan karipap, jadi karipap segera.

Paling-paling mudah, letakkan inti daging ni atas roti gardenia sekeping-sekeping then taburkan cheese. Biasa saya buat, sekeping roti gardenia saya potong 4 keping, dapat satu finger food untuk kids.

Jika balut dengan kulit popia, jadi samosa.

4. Paste asam pedas

 

Bahan-bahan

4 Ringgit cili kering digunting dan direbus (sorry tiada sukatan tepat)
Sedikit lengkuas (dalam 1 inci)
Sedikit kunyit hidup
20-30 biji bawang kecil (purple punya)
10-20 biji bawang putih
Sedikit belacan (secukup rasa)
Air asam jawa
Garam dan gula
Daun kesum
Bunga kantan
Serai di ketuk.

Cara-cara

Blender halus cili kering, bawang, bawang, belacan
Tumiskan semua blender masak sampai kering + serai
Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masukkan air asam jawa secukup rasa, garam & gula
Tumiskan sampai betul-betul garing dan naik minyak.
Sejukkan simpan dalam portion kecik macam tu, nak masak nanti cuma defrost dan tambah air sahaja, then tambahkan haiwan-haiwan disukai, terung, bendi etc.

Ini kalau sampai rumah lagi 20 minit nak buka puasa sempat lagi masak ni. Haiwan-haiwan defrost awal-awal sebelum pi kerja)

Bahan-bahan agak lah ye. Nak buat banyak masa stok frozen, biasa saya memang buat untuk stok 2-3 bulan.

5. Sambal Gesek / Tuk Tuk Jawa

 

Sambal gesek (or tuktuk jawa)
Nak buat banyak-banyak untuk frozen, gandakan aje ye)

Bahan
8 biji cili merah
10 biji cili padi (ikut kepedasan disukai)
8 ulas bawang kecil (purple)
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan, (dibakar dulu)
4 biji limau kasturi (or ikut selera masing2)
Garam dan gula.
Segenggam ikan bilis. (goreng sekejap, jangan garing, goreng sekejap je, biar masih lembik-lembik)
1 sudu minyak masak.

Cara-cara
Patah-patahkan cili-cili, belah-belahkan bawang
Goreng bahan-bahan ni dengan sedikit minyak masak, sikit je dalam 1/2 or 1 sudu minyak masak je.
Angkat toskan minyak.
Tumbuk dengan lesung batu bahan di goreng tadi dengan belacan, + garam + gula.
Tumbuk sekali dgn ikan bilis.
Perah limau kasturi, dan gaulkan.

Sedap sangat makan bulan puasa ni. Buat banyak-banyak bekukan portion kecik-kecik. Sejam sebelum berbuka keluarkan biar hilang sejuk bekunya, nanti boleh terus ngap.

*Dalam gambar saya letak petai, petai tu hiris-hiris, saya goreng juga sekejap dengan minyak yang sikit. Tak suka petai tak payah boh petai

6. Paste rempah kari kurma

 

Ini paste rempah kari dan kurma.

I am sure semua tahu buat kari kan?Tumiskan bahan-bahan kari kalian seperti biasa, masak sampai garing, sejukkan dan simpan ikut portion or bekas kecil-kecil macam tu. Siapkan dengan perahan asam jawa, garam gula, nanti nak masak cuma defrost dan tambah santan sahaja. Then masukkan haiwan-haiwan.

Gambar kanan, paste kurma dan sambal tumis. Sama je methodnya. Tumis semua bahan sampai garing dan naik minyak, then simpan small portion.

7. Puff koboi

 

Bahan-bahan
1 bungkus roti canai segera (mentah) brand Kawanku
Beberapa batang sosej (saya potong dua sosej, sebab nak bun comel-comel
Telur kuning untuk disapu.

Cara-cara

Potong roti canai 4 bahagian macam tu, then lipatkan macam dalam gambar. Kelar-kelarkan sedikit, sapu telur kuning then bakar 20 minit. Perghh buka posamakan panas-panas.

8. Paste sambal petai

 

4 ringgit cili kering (gunting-guntingkan dan rebus)
10 biji bawang besar (saya suka sambal tumis bawang banyak)

Garam gula secukup rasa
Semangkuk besar air asam jawa
20 biji bawang putih
Blend semua bahan ni.

Cara-cara

Tumiskan bahan blend, masukkan garam dan gula, masak sampai garing dan naik minyak. Then masukkan air asam jawa. Masakkan sekali lagi sehingga kering air dan jadi pekat macam dalam gambar ni.

Simpan dalam bekas kecik-kecik, nanti nak guna defrost, tambah air dan haiwan-haiwan seperti udang, sotong, etc.

Dan saya juga suka frozenkan sekali dengan petai tu. Cam bebila tetiba rasa nak makan petai boleh je hehe.

9. Pizza koboi

 

Gambar kiri, saya guna roti canai segera, roti paratha brand Kawanku.

Gambar kanan, saya guna roti pita (saya suka cap Tesco or EON Big (jenama lain kureng)

Letak roti canai atau roti pizza atas dulang. Sapu sos spagethi atau sos cili je.

Atau gambar kanan saya guna thousand island sauce, kemudian tabur je apa nekapun – sosej, tuna, ayam, crab stick, apa-apa je. Pastu tabur cheese.

Ini kesukaan anak-anak. Kejap je setel pizza anak-anak.

10. Keli sambal hijau

 

Keli sambal hijau. Biasa saya memang buat banyak-banyak, then frozenkan.

Bahan-bahan
1/5kg cili hijau + segenggan cili padi hijau.
10 biji bawang besar (kalau tak suka byk bawang, kurangkan, saya suka bawang banyak)
20 biji bawang putih (blend semua bahan ni)
5-6 keping asam gelugor
Garam dan gula secukupnya
3 batang serai.
Minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara
Ketuk-ketuk serai, dan tumiskan (kalau nak wangi, tumis juga dengan bawang merah dan bawang putih hiris-hiris, saya tak buat sebab dalam bahan blend dah ada semua bawang)
Masukkan bahan blend
Masukkan garam, gula dan asam keping.
Masaklah sampai garing dan naik minyak.

Dah siap masak, kaut simpan portion sikit-sikit, kira sekali masak ambil satu bekas cukup.

Tips lain
* Boleh juga guna cili merah.
* Asam keping boleh gantikan dengan buah tomato, guna buah tomato masak ranum, lepas tumis serai, masukkan bahan tumis dan tomato, masuk je sebiji-sebiji, nanti dia akan hancur (tak payah blend)
* Boleh guna untuk sambal ikan, ayam, telur rebus, ikan bilis, udang,
* Nak guna panaskan balik dalam kuali, tambah air sikit.

11. Pastry puff

 

Guna pastry puff macam dalam gambar kiri, dalam bungkusan tu.

Bahan inti ayam
5 biji ubi kentang potogn dadu (macam buat karipap)
1 batang karot dadukan
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam kasar
*kalau suka taste lada lebih, lebihkan suaktan
1 biji bawang holand dadukan
3 biji bawang putih, cincang.
Satu sudu sos tiram
Beberapa titis sos Maggi seasoning oil
Garam dan gula secukup rasa
1/2 kiub ayam

Cara-cara
Tumiskan bawang
Masukkan dua tiga sudu air
Masukkan sos tiram, lada sulah dan lada hitam, kiub ayam, seasoning oil, masuk garam dan gula sesukup rasa, masak kejap kasi naik minyak sikit
Masukkan air dan masukkan kentang (agak-agak sehingga melembutkan kentang.
Masukkan carrot.Masak sampai kentang dan carrot empuk.
Letak inti atas sekeping pastry puff, lipat, dan kemudian tekan dengan garfu hujungnya biar melekat.
Simpas alas plastik (agar tidak melekat)
Frozenkan.
Bila nak makan, keluarkan bagi hilang beku, then kelar-kelarkan, bakar sehingga masak.
Siap dan boleh makan

Kalau bulan puasa, sebelum pergi kerja, defrost dulu. Pindahkan ke peti bawah. By the time balik kerja boleh terus masuk oven-set 20-30 minit. Sambil tu boleh kita guna frozen kari, asam pedas kita untuk masak juadah lain pula.

12. Perencah sup

 

Bahan untuk rempah sup
Bawang putih
Bawang besar
Halia

Cara-cara
*Blend semua ni. Ikut suka la ye. Saya tiada sukat.

Tumis semua bahan denagn kulit kayu manis, bunga lawang, buah pala.
Masak sehingga naik minyak, dan simpan macam ni.

Nak masak sup cuma didihkan air, masukkan sesudu dua tempah sup, daging, ayam, masukkan kentang, carrot. Siap sup korang.

Apam Balik
Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
½ camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil pewarna kuning
1 biji telur
1 ½ cawan air
½ camca kecil baking powder
1 cawan kacang tanah (dimesin)- bahan tabur
1 tin jagung – bahan tabur
1 cawan gula – bahan tabur
Sedikit mentega
Cara:
Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan.

 


 Apam Kukus

Bahan-Bahan:
3 biji telur
1 ½ cawan gula
2 cawan tepung gandum
¾ cawan air suam
1 camca besar baking powder
Cara:
Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan gaul hingga rata. Jika suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam.

 


Apam Seri Ayu

Bahan-Bahan:
3 biji telur
½ cawan santan atau susu
½ camca kecil soda bikarbonat
¼ cawan susu
Sedikit garam
Sedikit tepung
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
½ camca kecil ovallete (jika ada)
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa
Cara:
Telur dimesin bersama gula hingga kembang. Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin hingga sebati. Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa yang telah dimasak tadi dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepun tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.

 


Buah Melaka Special

Bahan-Bahan:
tepung pulut
air pandan
sedikit garam
sedikit air kapur
1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
gula kabung/melaka dipotong kecil
kelapa parut (putih)
Cara:
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.
Tambahan:
1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi ‘pop’ ketika anda menggigitnya

 


Masalodeh Rangup

Bahan-Bahan:
1 kg kacang dal
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
1 cm halia
sedikit jintan puteh
sedikit belacan
Sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk perasa ajinomoto
Daun Kari
Minyak untuk menggoreng
Bahan A :Kacang dal direndam semalaman.
Toskan kan . Kisarkan hingga hancur.

Bahan B : Cili kering, 2 ulas bawang puteh & 2 ulas bawang merah, halia,jintan puteh dan belacan dikisar dengan sidikit air.masukan garam dan serbuk perasa.

Bahan C: daun kari dicincang halus, mayang bawang merah

Cara:
Masukan bahan A kedalam bekas adunan, kemudian masukan bahan B. Gaulkan hingga sebati .Masukkan daun kari yang dipotong nipis-nipis & bawang yang dimayang tadi kedalam adunan tadi. gaulkan sehingga sebati.

kemudian kepalkan samada bulat atau leper bergantung kepada anda. Gorengkan hingga naik warna kuning. Toskan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba…..

Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk 4-5 orang
Tambahan:
Sesuai dimakan masa minum petang bersama dengan minuman panas & sejuk

 


Muffin Pisang

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung
¾ gula castor
1 cawan butter (yg sudah dicairkan)
4 biji pisang (yg sudah masak)
1 biji telur besar
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonat soda
½ sude kecil garam
½ sudu kecil serbuk cinnamon
Cara:
ayak tepung, bicarbonat soda, baking powder, garam dan cinnamon.
Di dalam mangkuk yang lain, lenyekkan pisang dan masukkan telur, gula dan butter. Pukul hingga sebati, dan masukkan adunan kering dan masukkan perlahan-lahan hingga sebati.
Masukkan 3/4 adunan ke dalam muffin cup. Kuih ini akan mengembang.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam 20 minit.
Cadangan Hidangan:
Ianya sesuai dimakan pada waktu petang dan dihidangkan bersama teh o panas. Hmm..yummy..

 


Apam Gula Hangus

Bahan-Bahan:
3 gelas gula pasir
3 biji telur
4 gelas tepung gandum
3 camca brsar susu tepung ( dibancuh bersama air dan jadikan 1 gelas)
3 camca kecil soda bikarbonat
Cara:
Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak hingga menjadi satu gelas air gula hangus. Telur dipukul bersama baki gula tadi hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu. Sapu mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit.

 


Apam Pisang

Bahan-Bahan:
4 biji telur
1 cawan gula
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil baking powder
Secubit garam
Cara:
Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.

 


Apam Tepung Beras

Bahan-Bahan:
600 gm tepung beras
yis secukupnya
air sejuk
2 cawan gula pasir
pewarna merah
1 biji kelapa
acuan apam
Cara:
Gula pasir dilarutkan dan disejukkan. Bancuh tepung beras dan yis. Sebahagian adunan dimasukkan sedikit pewarna merah. Bubuh dalam acuan-acuan apam tadi dan kukuslan sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

 


Donat (I)

Bahan-Bahan:
1000 g tepung gandum
11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan
340 g (1 ½ cawan) air
60 g (2/3 cawan) teung susu penuh krim
100 g (2 biji) telur
180 g (1 cawan) marjerin
60 g (6 camca besar) gula pasir halus
10 g (1 camca besar) garam
14 g (1 camca besar) serbuk penaik
Cara:
Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaul semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut sehingga licin. Buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 30 minit atau sehingga dua kali ganda saiz asal. Gunakan torak dan canaikan adunan menjadi setebal 1.5cm. Potong dengan pemotong donat dan letakkan kepingan adunan tadi di dalam sebuah dulang yang ditaburkan sedikit tepung. Biarkan kepingan adunan tadi berada di tempat panas selama kira-kira 30-40 minit. Goreng kepingan adunan tadi di dalam miyak pada suhu 170C-180C (350F-370F) sehinggalah donat itu berwarna kuning keemasan. Seliputi donat segera dengan gula aising sebelum dihidangkan.

 


Karipap Ayam

Bahan-Bahan:
½ kg tepung gandum
1 sudu besar lemak sayuran
5 biji ubi kentang
1 peket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 ketul isi ayam (dada)- ptg dadu
Sedikit kayu manis
Sedikit halia
Sedikit Gula/garam/serbuk perasa
Cara:
Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam.

Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai.

Untuk membuat intinya:

Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis.

Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering.

Sedia utk membuat karipap.

Tambahan:
Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap.

Mentega juga poleh digunakan.

 


Lapis Batik

Bahan-Bahan:
500 gm tepung ubi
150 gm tepung gandum
400 gm gula pasir
8 cawan santan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil Coconut Pandan
Pewarna hijau, kuning dan lain-lain
Cara:
Campurkan hingga rata semua bahan di atas kecuali pewarna. Kemudian adunan tersebut ditapis. Sementara itu panaskan kukusan.

Kemudian tuangkan 4 cawan adunan ke dalam loyang dan renjiskan pewarna-pewarna pilihan mengikut kesukaan.

Ulangi sehingga 3 lapis. Bila selesai kukus hingga masak.

*terlebih dulu loyang hendaklah disapukan minyak agar tidak melekat

 


Roti Jala

Bahan-Bahan:
1 kilo tepung gandum
2 biji telor ayam
1 tin susu cair Carnation
1 sudu marjerin
Sedikit garam
Setitik pewarna kuning
Cara:
Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur.

Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang.

Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang telah cair.

Kemudian setelah selesai angkat lipatkan segi empat atau segi tiga.

 


Tepung Pelita

Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung beras
1 cawan gula halus
2 ½ cawan santan pekat
5 cawan air panas
½ cawan jus pandan
Garam secukup rasa
Daun pisang (potong empat segi)
Cara:
Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan. (Adunan A). Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair). (Adunan B). Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur acuan daun pisang diatas dulang. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Setelah itu bolehlah dikukus. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya. Setelah itu kukus lagi sehingga masak.

 


Abok-abok Sagu

Bahan-Bahan:
1 kg kelapa parut
(sudah dikupas kulitnya)
500g sagu biji
2 tsp rata garam halus
Gula melaka secukupnya
daun pisang(dilayur)
Lidi secukupnya
Cara:
1 Basuh sagu biji.Tapis dab biarkan 30 minit.
2 Basuh sagu biji sekali lagi.Biarkan di tapisan selama 30 minit lagi.
3 Gaul sagu biji dengan kelapa parut dan garam halus.
4 Letakkan satu sudu makan campuran sagu biji-kelapa ke atas daun pisang. Tabur gula melaka yang telah diracik. Tutup dengan satu atau dua sudu makan campuran sagu biji-kelapa parut.
5 Semat daun pisang dengan lidi.
6 Kukus hingga naik wap(20 minit)atau sehingga daun pisangnya layu.
Tambahan:
Sagu biji usah direndam, hanya setakat dibasuh sahaja untuk kedua-dua kalinya.

 


Abuk-Abuk Pisang

Bahan-Bahan:
10 biji pisang masam
1 cawan sagu biji mata ikan
1 biji kelapa parut (ukuran kecil)Secubit garam
Sedikit pewarna merah atau jus pandan
Daun pisang secukupnya (yang telah dilayur)
Cara:
Perah kelapa dan ambil santan pekat secukupnya. Buang kulit pisang dan belah dua. Basuh sagu biji mata dengan air dan toskan. Bancuh santan dengan sedikit garam, setelah itu jerangkan ke atas api. Masukkan sedikit pewarna merah. Kemudian kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuku. Bila telah mendidih, masukkan sagu biji dan kacau hingga pekat. Kemudian angkat. Ambil dua belah pisang dan letak di atas sehelai daun pisang. Curahkan sedikit sagu kacau tadi dan bungkus kemas-kemas. Buat begini hingga selesai. Setelah itu, bolehlah dikukus hingga masak.

 


Akak Berlauk

Bahan-Bahan:
10 biji telur ayam
10 sudu gula
300 gm tepung gandum

Bahan untuk inti:
500 gm daging lembu
500 gm bawang besar

2 sudu besar rempah kermuk
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga rata.

Cara membuat inti:
Daging direbus dan dihiris halus. Bawang besar dipotong nipis. Campurkan semua rempah yang telah digiling. Sediakan kuali dengan minyak. Apabila panas, masukkan rempah biar garing dan masukkan daging. Setelah masak masukkan bawang besar yang dipotong bersama gula dan garam secukup rasa. Masukkan ke dalam acuan (separuh) kemudian masukkan inti, selepas itu masukkan separuh lagi adunan.

 


Akok

Bahan-Bahan:
8 biji telur itik
2 biji telur ayam
1 kg gula melaka
2 cawan tepung gandum
6 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 ½ biji kelapa
Cara:
Telur dipukul sehingga kembang. Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja. Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung. Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul. Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis. Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah.

 


Anika Muffin

Bahan-Bahan:
400 gm tepung gandum
350 ml minyak jagung
(minyak masak pun boleh)
200 ml air suam
250 gm gula pasir
30 gm serbuk penaik
20 gm tepung jagung
20 gm susu tepung
3 biji telur
Bahan perisa: Coffee Emulco
Keladi
Pisang
Blackcurrent
Cara:
Satukan minyak jagung, gula, air suam, susu
tepung, tepung jagung, telur ke dalam mangkuk adunan.
Kacau adunan ini selama 5 minit atau sehingga rata semuanya dan tidak bergentel.
Masukkan tepung high protin yang telah diayak bersama serbuk penaik, kacau hingga rata.Asingkan adunan kepada tiga bahagian dan tiap-tiap bahagian bolihlah di bubuh perisa coffee, keladi dan esen pisang.
Sediakan mangkuk kertas mengikut ukuran yang disukai diletakkan didalam acuan berlubang khas untuk membuat muffin atau kek cawan. Bakarlah hingga kekuningan.
Cadangan Hidangan:
Muffin ini bolih ditambah dengan perbagai perisa dan hiaslah atasnya mengikut kretiviti masing-masing.
Tambahan:
Juadah ini sangat mudah di sediakan dan sedap rasanya tak perlu menggunakan mesin pemutar kek.

 


Apam Gula Hangus

Bahan-Bahan:
5 biji telor ayam
1 cawan gula pasir
¾ cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum (diayak)
½ cawan gula pasir (dibuat gula hangus)
½ cawan air (dimasukkan dalam gula hangus)
Cara:
Pukul telor bersama gula hingga kembang masukkan susu pekat manis dan pukul lagi kemudian masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan dikacau sebati. Tuangkan adunan dalam bekas untuk dikukus selama 40 minit.
Cadangan Hidangan:
Kalau suka boleh juga dikukus dalam acuan kecil-kecil.
Tambahan:
Sekiranya terasa manis kurangkan sedikit gula.

 


Apam Gula Merah

Bahan-Bahan:
500 gm tepung gandum
Sebesar ibu jari yis basah
½ cawan gula merah, dimasak dan tapis
½ cawan gula pasir
4 cawan air
Cara:
Bancuh yis bersama air hingga yis hancur. Masukkan kedua-dua jenis gula dan kacau sebati. Masukkan tepung dan kacau rata supaya tepung tidak berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi air. Tutup bekas dan biar selama sejam. Adunan akan naik tiga kali ganda. Sapu acuan dengan minyak dan panaskan di dalam kukusan. Tuang adunan dan kukus hingga masak. Sedap dimakan bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam.

 


Apam Halus Gebu

Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 cawan aiskrim soda
3 biji telur gred B
1 sudu besar Quick 75
1 sudu teh esen ros
Sedikit pewarna merah
Mangkuk kertas secukupnya
Cara:
Pukul kesemua bahan sehingga putih dan gebu. Bahagikan kepada warna yang disukai.

Panaskan kukus.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 10 minit.

 


Apam Jagung Kukus

Bahan-Bahan:
Bahan A
½ tin jagung manis dalam tin
1 cawan gula
6 biji telur
1 cawan majerin
1 sudu teh bikarbonat
sedikit air
Bahan B

3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder.

Cara:
1. Adun semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengisar.
2. selepas itu, masukkan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan adunan tadi dalam loyang bulat.Kemudian kukus sehingga masak selama 15-20 minit.
Cadangan Hidangan:
jagung dalam tin tadi boleh juga diganti dengan kacang merah dalam tin,pisang atau apa saja perisa yang disukai.

 


Apam Madu

Bahan-Bahan:
1 cawan gula
2 cawan tepung
4 biji telur
½ cawan minyak mazola
1 sudu kecil bikarbonat soda
1 sudu kecil baking powder
1 cawan air
½ sudu kecil esen vanila
½ cawan koko
Cara:
1. masukkan semua bahan ke dalam besen dan gaulkan.
2. gaul sampai halus
3. kukus sehingga masak
Cadangan Hidangan:
jika hendak bahagian atas apaam kilat,apabila apam sudah masak, buka penutup pengukus dan kukus sebentar dengan ini, bahagian atas apam akan berkilat
Tambahan:
serbuk koko tidak perlu diletakkn terlalu banyak kerana ia akan pahit

 


Apam Siam

Bahan-Bahan:
3 biji telur
1 cawan air soda (sprite/seven up/ais krim soda)
3 cawan tepung gandum
1½ cawan gula
Pewarna (ikut suka)
Cara:
Cara membuatnya:-
1) Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2) Apabila bahan sudah kembang. Masukkan air soda dan kacau rata.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4) Masukkan dalam talam dan kukus selama 20 minit.
·
Cadangan Hidangan:
Hiaslah dengan pewarna mengikut corak yang disukai. Saya lebih menyukai corak pelangi.
· Dinasihati supaya anda mengukus dengan menggunakan satu tingkat sahaja bagi memastikan apam tersebut naik. Jika tersilap sedikit ia akan batat. Sila ikut turutan jika tidak, apam anda tidak akan berhasil.
· Ha…pewarna tu dimasukkan setelah bancuhan apam dah dimasukkan kedalam talam. Kalau nak pakai 3 warna, titiskan tiga-tiga warna tersebut ditempat yang berlainan. kemudian pusingkan garpu pada bancuhan tersebut sehingga ia bercorak pelangi.

 


Apam Susu

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
4 sudu susu pekat manis (ikut manis yang dikehendaki)
1 biji telur
garam secukup rasa
mentega untuk menggoreng
Cara:
Gaulkan tepung gandum bersama air sehingga sebati. Pastikan tepung cair ala-ala tepung tosei. Masukkan telur, susu dan garam. Gaul hingga sebati.

Panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega. Goreng dengan menuang sedikit adunan ke dalam kuali dan leperkan dengan menggunakan senduk seperti ala-ala tosei jugak.

Cadangan Hidangan:
Sedap di makan semasa masih panas atau sejuk.

 


Apam Tepung Beras

Bahan-Bahan:
1 cawan tapai nasi
1 cawan gula pasir
4 cawan air
500 gram tepung beras
satu sudu teh mauripan
satu sudu teh serbuk Eno
secubit garam
Kelapa parut
Cara:
Masukkan tapai nasi, gula ke dalam pengisar makanan. Tambahkan air sedikit sedikit selang dengan tepung beras sehingga habis. Campurkan serbuk mauripan. Letakkan adunan dalam bekas plastik yang kedap udara dan perap selama 4 jam atau lebih. Adunan akan naik/mengembang menjadi 2 kali ganda.
Setelah adunan mengembang, kukus air untuk mengukus adunan. Tambahkan serbuk Eno dan garam, kacau perlahan-lahan. Tambah pewarna jika mahu. Anda boleh mengukus menggunakan loyang atau acuan kecil yang boleh di dapati di pasaran. Jangan lupa palitkan sedikit minyak masak agar apam tidak melekat di acuan. Sekiranya anda menggunakan loyang, kukus selama 45 minit dan sekiranya menggunakan acuan mangkuk kecil, 15 minit sahaja.
Kelapa parut dikukus selama 10 minit. Setelah sejuk, gaulkan dengan garam kemudian taburkan ke atas apam tadi.

 


Asam Gumpal

Bahan-Bahan:
250 gm biji sago
2 liter air
5 gm garam halus
Kuah:
1 liter santan
60 gm gula merah
15 gm biji halba
20 gm bawang merah (dihiris)
15 gm halia (dihiris)
Cara:
Rebuskan biji sago bersama-sama dengan air garam sehingga masak.

Tapis dan sejukkan. Gumpalkan sago tadi sehingga menjadi padat. Tumiskan bawang dan halia sehingga naik baunya.

Masukkan santan, gula merah dan biji halba. Didihkan sehingga menjadi pekat.

Cadangan Hidangan:
Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama-sama dengan buah-buahan campuran

 


Badak Berendam

Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung pulut
15 helai daun pandan, diambil airnya
2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat
2 cawan gula merah
Secukup air
Sedikit garam
Cara:
Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan. Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. Kemudian kukus hingga masak.

 


Bahulu Tradisi Melayu

Bahan-Bahan:
semangkuk telur ayam (sederhana besar)
semangkuk gula pasir
setengah kilo tepung gandum
sedikit minyak masak
acuan kuih bahulu atau kuih cara.
Goreng tepung sampai masak.Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali dan berwarna kekuningan. Ini agar kuih jadi ringan.
Cara:
Pukul telur dan gula sampai kembang. Setelah kembang asingkan sedikit. Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.Campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan.
Bakar sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
Sesuai dimakan atau dijamu pada minum petang atau dihari-hari perayaan.
Tambahan:
Turunkan resepi ini kepada anak cucu kita agar kuih tradisi melayu ini kekal sepanjang zaman.
Resepi ini adalah resepi asal turun temurun datuk nenek yang diperturunkan ibu kepada cucu tersayang.
Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Pada awalnya bentuk Bujur telur & Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai muffin crusty oleh orang inggeris. Walau kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat tempat dimata dunia.

 


Bauhulu

Bahan-Bahan:
10 biji telur
600 gm tepung gandum ]dijemur hingga
600 gm gula halus ]kering
1 sudu teh esen vanila
2 batang serai
1 cawan minyak kacang
1 sudu teh serbuk bicarbonate of soda
Cara:
Telur dipukul dengan gula sehingga kembang dan gulanya hancur. Kemudian masukkan bikarbonate of soda dan esen vanila serta teruskan memukul adunan ini sehingga campuran ini kembang dan naik. Tepung digoreng dalam kuali tanpa minyak sehingga kering dan warnanya kekuningan, setelah itu campurkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Sapukan minyak kacang ke dalam acuan bauhulu dengan menggunakan serai dan panaskan di dalam ketuhar. Kemudian tuangkan adunan ke dalamnya dan bakarlah sehingga masak.

 


Belebab

Bahan-Bahan:
2 biji kelapa, ambil 2 cawan pati santan
2 cawan keledek, dipotong kecil dan rebus
4 cawan tepung beras
½ cawan gula
Cara:
Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Tapis dan panaskan. Masukkan ke dalam kuali dan kacau separuh masak. Masukkan keledek dan kacau rata. Bungkus dan kukus hingga masak.

 


Bengkang Ani Terengganu

Bahan-Bahan:
UNTUK MEMBUAT KUIH BEKANG
1kg tepung beras
air 1 ½ liter
4 biji telur ayam

UNTUK MEMBUAT SAMBAL IKAN.
1kg ikan kembung@selayang
1 biji kelapa parut
300g bawang merah
2 inci halia

UNTUK MEMBUAT KUAH LEMAK KUIH BEKANG.
1 biji kelapa (santan)
1 cawan tepung beras
10 ulas bawang merah (dimayang)
1 sudu halba
½ inci halia (dihiris halus)
garam secukup rasa

UNTUK KUAH MANIS.
1 cawan tepung beras
4 keping gula melaka(kecil)
2 cawan air

Cara:
cara – cara membuat kuih bekang.
tepung beras dibancuh dgn air dan telur.bancuh hingga sebati.kemudian bakar didalam acuan kuih baulu.

cara memasak sambal ikan.
ikan direbus dan ambil isi sahaja.
kemudian santan kelapa,bawang merah dan halia digoreng hingga kering seperti membuat serunding.

cara membuat kuahlemak.
bawang merah,halba,tepung beras,halia dan santan dimasak hingga pekat.
masukkan garam secukup rasa.

cara – cara membuat kuah manis.
tepung beras,air dan gula melaka dimasak sehingga pekat.

Cadangan Hidangan:
SESUAI DIMAKAN PADA WAKTU SARAPAN DAN MINUM PETANG.HIDANGAN INI SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA.
Tambahan:
RESIPI INI ADALAH MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU ZAMAN BERZAMAN.SEKARANG SUKAR UNTUK KITA DAPATI DIMANA-MANA GERAI MAKAN

 


Bengkang Kelapa Muda

Bahan-Bahan:
4 biji kelapa muda
1 cawan tepong beras
2 biji telor
2 ¾ cawan air
secubit garam
1 cawan gula
Cara:
Tepong dicamporkan dengan air kelapa muda, kacau dan tapis. Pukul telor sehingga kembang, masukkan gula, garam dan isi kelapa muda ke dalam adunan tepong. Lenserkan acuan dan bakar di atas api yang perlahan sehingga bengkang menjadi warna kuning keemasan.
Cadangan Hidangan:
Elok dihidangkan diwaktu petang atau lebih menarik sewaktu berbuka puasa.

 


Bepang Coklat Milo

Bahan-Bahan:
½kilo biskut marrie
½kilo kacang tanah
1 peket kecil serbuk milo
1 tin kecil susu pekat
1 tin kecil planta
Cara:
1. Sapukan majerin pada loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
2. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga garing, buangkan kulit dan tumbuk supaya pecah 3 atau 4.
3. Patah-patahkan biskut marrie kepada 2 atau 3 pecahan.
4. Panaskan kuali dan cairkan planta.
Setelah planta cair, masukkan susu, kacau hingga sebati.
5. Masukkan serbuk milo, kacau rata. Perlahankan api.
6. Masukkan pecahan biskut marrie.
7. Taburkan kacang dan kacau hingga rata.
8. Masukkan adunan biskut dalam loyang yang telah disejukkan.
9. Padatkan biskut menjadi rata pada permukaan.
10. Ambil dulang rata, kemudian terbalikkan adunan tadi dalam dulang.
11. Tukar permukaan adunan yang dibawah ke atas dan padat juga ratakan semula.
Cadangan Hidangan:
Masukkan dalam peti sejuk. Apabila sejuk, potong nipis dan hidangkan dalam pinggan.

 


Bingka Cempedak

Bahan-Bahan:
2 cawan isi cempedak (dikisar halus)
3 biji kuning telur
500 gm tepung gandum
2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
4 camca besar marjerin cair
Sedikit garam
Cara:
Pukul telur dengan gula sehingga hancur. Ayak tepung dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam bancuhan telur sambil digaul sehingga sebati. Masukkan marjerin, santan, garam dan isi cempedak. Kacau lagi hingga rata dan sebati. Sediakan sebuah acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakarlah hingga masak.

 


Bingka Kelapa Muda

Bahan-Bahan:
¾ cawan tepung beras
3 cawan air kelapa
secubit garam
1 biji telor
¼ cawan tepung gandum
2 cawan isi kelapa muda
¾ cawan gula pasir
Cara:
Di dalam mangkuk campurkan tepung,telor, garam dan air kelapa muda. Tapiskannya.
Setelah itu campurkan isi kelapa muda dan bakar ke dalam oven sehingga masak kuning keemasan.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan pada waktu pagi ataupun petang.
Tambahan:
Sebaiknya bakar diatas dapur kayu dan di atas tudungnya juga di tambahkan api.

 


Cucur Badak

Bahan-Bahan:
600 gm keledek
2 cawan tepung gandum
minyak secukupnya

Bahan inti:
½ biji kelapa parut
3 sudu besar udang
8 ulas bawang merah
3 batang serai

10 biji cili kering
½ sudu teh ketumbar
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh kunyit
minyak masak
garam
2 cawan air
Cara:
Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

 


Karipap

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk doh:
½ kg tepung gandum
1 sudu besar minyak masak (yang telah dipanaskan)
Air garam (suam)
Bahan-bahan untuk inti:
4-5 biji ubi kentang (dipotong dadu)
Ayam/Daging (dipotong dadu/dicincang halus)
Bahan A:
5 tangkai cili kering (dikisar)
1-2 sudu besar jintan manis (dikisar)
1-2 sudu besar lada hitam (dikisar)
2 kuntum lawang (dikisar)
5 kuntun bunga cengkih (dikisar)
1-2 inci halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
Garam,gula dan MSG secukup rasa
Cara:
Untuk membuat doh:
Uli tepung dengan air garam (suam),tambahkan sesudu minyak masak yang telah dipanaskan.Setelah siap diuli,ketepikan.

Untuk membuat inti:
Kisar semua bahan-bahan A
Panaskan minyak di dalam kuali,tumis bahan yang telah dikisar
Masukkan kentang dan ayam/daging yang telah dipotong dadu
Masukkan garam,gula dan MSG secukup rasa
Setelah inti hampir kering,masukkan daun kari.
Masak sehingga kering

Cadangan Hidangan:
Resepi ini untuk lebih kurang 20 biji karipap (saiz sederhana)
Tambahan:
Sewaktu membuat doh,minyak masak yang ditambah mestilah dalam keadaan panas.Ini adalah untuk merangupkan karipap.Boleh juga diganti dengan marjerin.

Daun kari juga boleh diganti dengan daun sup.

 


Karipap Daging

Bahan-Bahan:
Bahan Inti :
1 kg kentang – dipotong dadu
600 gm bawang besar – dipotong dadu
800 gm daging lembu – dipotong dadu kecil

Tumbuk Lumat :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1″ halia
1 sd besar jintan manis

1 paket serbuk kari
¾ cawan minyak
1 batang besar kulit kayu manis
3 sd besar gula
1 sd besar garam
½ sd teh msg
700 ml air

Doh Karipap :
1 kg tepung gandum – diayak
1 sd besar garam
¾ buku (188gm) lepa susu `Farmcows’
2 biji telur
1 cawan ais
500 ml air

Minyak untuk menggoreng
Secukup tepung untuk mencanai

Cara:
Inti :
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.

Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan msg, gula dan kentang. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh :
Masukkan tepung dalam mangkuk.Gaulkan bersama air, garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan Farmcows atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti – gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Rehatkan 1/2 jam.

Bahagikan doh 4 bahagian (setiap bahagian menghasilkan +-25 keping karipap) dan ambil 1 bahagian canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder berdiameter 1 1/2″. Potong setebal 1/2″ hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis setiap satu (2mm) dan isikan 1 sd besar inti, tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.

Goreng terendam atas api perlahan – sederhana hingga kuning keemasan.

Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

Cadangan Hidangan:
Untuk minum petang dan berbuka puasa.
Tambahan:
Mneghasilkan lebih kurang 100 keping karipap saiz sederhana.

Campuran lemak susu dan sayuran dalam Farmcows memberkan rasa yang enak dan rapuh pada doh karipap. Boleh juga digunakan marjerin, crisco, vanaspathi atau minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Penggunaan ais dan lemak yang dicairkan memberikan tekstur doh karipap yang rangup dan gebu bila dimakan.
Doh karipap boleh dibekukan dan biarkan pada suhu bilik (thaw) sebelum digunakan semula. Gunakan plastik untuk membungkus setiap bahagian doh yang hendak disimpan.

Inti juga boleh dibekukan, untuk rasa yang lebih enak selepas dibekukan (pembekuan mungkin memyebabkan rasa inti menjadi hambar kerana bercampur cairan seperti ais), cairkan 1 sd besar mentega dan tumis 1 sd teh serbuk kari masukkan inti dan kacau, masukkan 1 biji bawang dadu dan kacau hingga sebati. Rasalah masin dan manisnya. Gunakan kembali.

 


Karipap Kesuma Hati

Bahan-Bahan:
Untuk inti:
1 cawan ikan tuna/udang
1 batang carrot
3 kuntum daun kesum
2 biji bawang kecil
1 biji cili hijau
Bahan untuk kulit:
1 cawan tepung
2 sudu crisco(atau mana mana vegetable shortening)
Secubit garam
Setengah cawan air
Minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Bahan untuk inti tuna/udang, carrot, bawang, cili hijau dan daun kesum dikisar kering.Tambahkan secubit garam untuk rasa.

2. Bahan untuk kulit: Gaulkan tepung dan crisco.

3. Masukkan garam.

4. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul adunan sehingga menjadi doh.

5. Gunakan penggelek untuk meleperkan doh. Guna acuan bentuk bulat.

6. Letak agak agak bahan inti setengah sudu ditengah tengah doh yang sudah bi potong bulat. Kelipkan keliling seperti bentuk karipap.

7. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila agak kekuningan.

Cadangan Hidangan:
2-3 orang. Sesuai untuk sarapan, atau minum petang.
Tambahan:
Masa digunakan: 30 minit

 


Kastad Jagung

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung kastad
3 cawan gula pasir
1 tin jagung manis
1 biji kelapa parut
Sedikit garam
Bahan pewarna kuning
Cara:
Bancuh tepung kastad dengan santan serta gula, jerangkan ke atas api dan kacau hingga kental. Tuangkan jagung ke dalamnya kacau lagi supaya rata. Bila telah sebati angkat dan tuangkan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.

 


Kek Kukus Simple

Bahan-Bahan:
5-6 sudu besar tepung serba guna
1 biji telur
2-3 sudu kecil gula
½ sudu besar susu pekat
3-4 sudu gula hangus
(boleh juga digantikan dengan buah-buahan kering atau chocolate chips/rice mengikut citarasa)
Cara:
Pukul gula dengan telur hingga kembang. Masukkan susu dan pukul lagi. Masukkan tepung serba guna sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati. Akhir sekali, masukkan gula hangus. Masukkan adunan dalam acuan atau loyang dan kukuskan selama 45 minit.
Cadangan Hidangan:
Sesuai untuk hidangan 2 orang.
Tambahan:
Sangat ringkas dan mudah. Selamat mencuba!

 


Ketupat Sotong

Bahan-Bahan:
1 kg Sotong (sederhana besar)
250 gm pulut
250 gm santan pekat
250 gm gula merah
garam secukup rasa
2 helai Daun pandan
½ cawan air
Cara:
1. Sotong yg telah dibersihkan diisikan dengan pulut dan kepala disatukan dgn badan dan dicucuk dengan lidi
2. Masak gula merah dengan air dan tapiskan.
3. Masukkan gula merah yg telah ditapis ke dalam santan pekat.
4. Masukkan sedikit garam dan daun pandan.
5. Masukkan sotong yang telah siap diisi dgn pulut kedalam bhn2 td. masak sehingga kuah kering dan sotong nampak kembong.
Cadangan Hidangan:
hidangan untuk 3-5 orang
Tambahan:
Kurangkan gula sekiranya tidak suka manis.

 


Ketupat Sotong Terengganu

Bahan-Bahan:
1kg Sotong sederhana besar
250gram beras pulut
santan
seinci halia dipotong halus
5 ulas bawang merah dipotong halus
sesudu kecil halba
garam
lidi dipotong kecil
Cara:
1. beras pulut di tanak, setelah masak biarkan sejuk.
2. masukkan pulut dlm anggaran 3/4 penuh ke dlm sotong yg telah di bersihkan. Gunakan lidi utk mengemaskan hujung sotong.
3. santan dicampur dgn halba, halia, bwg merah & garam, masukkan sotong yg telah disiap ke dalam periuk. Api hendaklah kecil utk mengelakkan santan naik kepala.
4. angkat apabila sotong telah masak.
Cadangan Hidangan:
di makan begitu sahaja @ bersama nasi putih
Tambahan:
1. kulit sotong yg berwarna ungu kemerahan hendaklah dibuang utk mengelakkan hanyir.
2. resepi dari terengganu ini tidak menggunakan gula perang @ nisan @ gula spt resepi kelantan

Resepi Kek Coklat Kukus Moist

Bahan-bahan buat kek coklat:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur

Bahan-bahan buat topping kek coklat kukus:

  • 300 gm coklat masakan yang sudah dipotong kecil
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan air panas

Cara buat kek coklat kukus:

  1. Masukkan serbuk koko, gula pasir, susu cair, minyak masak, dan susu pekat ke dalam periuk dan masak sampai sebati dengan api sederhana.
  2. Bila dah sebati, sejukkan.
  3. Lepas tu, pukul telur sampai kembang.
  4. Masukkan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul sampai sebati.
  5. Ayak tepung, bikarbonat dan baking powder bersama, lalu masukkan sedikit demi sedikit, dan kacau sampai sebati selama 5 minit.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ikat dengan beg plastik/kertas foil.
  7. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
  8. Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 70 minit dengan api sederhana.
  9. Jangan buka penutup kukus bila belum sampai cukup masa.
  10. Angkat dan sejukkan.
  11. Kek coklat kukus siap dihidangkan.

Cara buat topping kek coklat kukus:

  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.
  3. Padamkan api dan masukkan butter, dan kacau hingga cair.
  4. Curahkan 1/2 dari topping cair yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.
  5. Biarkan 15 – 30 minit supaya topping meresap ke dalam kek.
  6. Panaskan kembali topping yang lebih tadi dan masukkan air panas.
  7. Kacau hingga sebati dan curahkan lagi ke atas kek.
  8. Bila topping dan kek sudah sejuk, boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  9. Kek coklat kukus yang moist dengan topping siap dihidangkan.

Cukup sekian Resepi Kek Coklat kukus moist dan mudah untuk dibuat yang saya boleh kongsi. Anda boleh membuat resepi ini sebagai satu pengekalan menu keluarga anda di rumah kerana ia amat disukai oleh kanak-kanak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s